Saturday, November 28, 2009

Eid mubarak

Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum...

Eid mubarak to all..... Selamat hari raya eidul adha. Hari raya qorban tahun ini sgt berbeza bg penulis kerana ianya jatuh pd hari jumaat, dan ade juga yg menamakannya sebagai eidul qubra yg bermaksud raya yg besar (lbh kuranglah yer).


Masing2 dgn sambutan mereka masing2. Penulis menyambut raya tahun ini dgn pergi ke kelas. Penulis bersama epi dan pali ke kelas jua pg ini memandangkan subjek pg ini sgt susah dan xmampu dicover kalau study sendiri2 sahaja.

Memandangkan ade yg kene ke kelas (adoi!!!kelas lah plak pg2 raya camnih) kami hanya sempat menunaikan solat hari raya yg merupakan sunat muakkad bg mazhab syafie dan wajib pula bg mazhab hanafi. Kami diimamkan oleh akhi pali dan khutbah berkisar ttg pengorbanan nabi ibahim yg sanggup mengorbankan satu2 nya harta miliknya yg sgt2 disayanginya iqitu nabi ismail anaknya yg merupakan satu2 nya anaknya ketika itu stelah menunggu sgt lama utk kelahiran seorg anak dan khatib mengajak kami semua berfikir ttg keadaan diri ini pula. Apakah kita sanggup mengorbankan harta yg kita sayangi di jalan- Nya... Dan khutbah kedua, khatib mengingatkan kami semua ttg 4 golongan wanita yg akan menarik lelaki ke neraka sekirannya lelaki ini tidak membimbingnya ke syurga mahupun meletakkan usaha yg bersungguh untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Juadah raya kami juga disediakan oleh akhi pali.dia menyediakan sagu gula melaka yg merupakan juadah faveret penulis cuma yg berbeza obviously bukan air tgn bonda penulis dan akhi pali menggunakan santan instead of susu cair. Pape pon mmg mantop!!! Teringat kan keluarga.. Huhuhuhu ( mmg semangat kan die ni untuk celebrate raya ) hheheh

Suka penulis untuk mengingatkan kita semua agar terus menerus membesarkan Allah pd hari2 seperti ini dan bukanlah hanya berlagak menayang2kan baju raya kita dan juga marilah kita sama2 menghayati erti pengorbanan nabi ibrahim yg dikatakan umpama 1 ummat itu.

Pd tghharinya pula kami tidak menunaikan solat jumaat ttp kami hanya menunaikan solat zohor biasa sahaja. Ini kerana pendapat plg kuat dr imam abu hanifah yg menggunakan hadis rasulullah yg mana mafhumnya, x mengapa kalau seseorg itu x menunaikan solat jumaat sekiranya telah menunaikan solat hari raya.

Wallahu alam


- Posted from iman's iPod

Thursday, October 29, 2009

sedikit coretan hatiku

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم

wah..lame sangat tak menulis rasenyer....terlalu byk kekangan dan perkara yg perlu diselesaikan terlebih dahulu...lagipun bukannya pandai menulis pon...
2nd year sekarang sgt susah...rasa macam berlaku pendarahan dalaman dalam kepale otak nih...huhuhuhu...moga Allah tabahkan diri ini menempuh ujian yg sgt kecil ini kalau nk dibandingkan dgn ujian2 yg lain yg menimpa teman2 lain..teman2 yg sama2 berjuang...berjuang dijalan yg sama...menghadapi masalah yg sama...memikirkan perkara yg sama...

semoga Allah thabatkan hati2 kami di atas jalan ini dan pertemukan kita semua di JANNAH kelak!!!

masa rehatku ialah apabila kakiku melangkah ke syurga.......

Monday, October 5, 2009

Perhimpunan Musim Sejuk 09 !!!!


بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم



jom pergi PMS 09....
memang terbaek!!!!!

Wednesday, July 1, 2009

setelah sekian lama

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم

diri ini hanyalah insan yg lemah dan hina. banyak kesilapan dan kelemahan yg terdapat dalam diri ini. kepada insan2 yg berada disekeliling diri ini,bantulah agar diri ini dan nasihatilah seadanya...

maaflah kerana dah lama x update blog ini..semenjak blk msia....jadual penuh dgn menjadi driver...huhuhuhu..

esok penulis akan berangkat ke sydney, australia..jgn bimbang..doakanlah keselamatan penulis disana daripada serangan virus H1N1....huhuuhu..insyaallah di sydney nnt keadaan tidak seteruk di melbourne...bukan nk cakap lebih2 tp insyaallah keadaan penulis akan lebih selamat disana...
doakan penulis selamat pergi dan pulang....

result exam dah keluar..tak sehebat kawan2 yg lain...tp alhamdulillah...insyaallah penulis akan mampu melanjutkan pelajaran ke tahun kedua...doakan everything is just fine...

wahai teman2,bangkitkanlah semangat berkobar2 yang ada dlm diri kita masing..jgnlah kita lupakan bagaimana manisnya perjuangan kita dijalan ini... (sebenarnya ini adalah teguran buat diri penulis yg dah sejuk....moga dgn izin-Nya..penulis dapat menemukan dgn semangat itu semula..

Sunday, June 14, 2009

pulang


بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم

hati ini berasa tidak sabar2 untuk pulang ke Malaysia..
terlalu byk yg difikirkan....
terlalu byk juga yg diinginkan.....
semoga perjalanan pulang senantiasa dilimpahi rahmat dan selamat hendaknya...

diri ini menyerahkan segala-galanya pada kententuan ilahi...
moga Allah menyelamatkan diri ini...

moga selamat bertolak dan selamat tiba...


detail flight penulis....

depart - 14 jun 2009, from london heathrow at 2200
arrive - 15 jun 2009, at Kuala Lumpur International Airport by 1725

flying using Malaysia Airlines


Wallahu alam...

Friday, June 5, 2009

aku tanpa blogku

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم

telah lama rasanya penulis membiarkan blog ini tandus tanpa sebarang update...
peperiksaan yg terpaksa ditempuhi yg diselit dgn pelbagai ujian dan cubaan drpd Allah..
penulis juga menerima pelbagai kunjungan ke bumi greenwich slps exam...pelbagai ragam pengunjung yg mengunjungi greenwich dpt penulis saksikan..maafkanlah segala kepincangan dan juga ketidaksempurnaan sambutan terhadap para tetamu...

di saat2 cuaca di UK ini semakin panas,inginlah penulis menasihatkan diri ini dan para pembaca sekalian agar meminimisekan aktiviti keluar rumah kita kerana pemandangan yg kurang sihat disekeliling kita ini....kita mungkin akan dapat menambah pahala amalan kita sekiranya kita menundukkan pandangan kita ataupun yg sebaliknya akan terjadi iaitu dosa kita yg tlh sedia ada byk ini akan berlipat kali ganda...tp kalau nk mudah,jgn keluar rumah tros....itu langkah yg plg berjaga2 yg dapat kita ambil...

penulis dan teman2 sedang struggle dlm usaha mendapatkan rumah untuk kami diami next academic year..bermacam kerenah birokrasi yg melecehkan dan merumitkan...nasib baik rumah tu best..kalau x,jgn harap penulis nk bertungkus lumus nak buat sumer bende alah ni haa...

wallahu alam

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Lahir


بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم

Dengan izin Allah,
Kau hadir ketika ku didalam kegelapan,
Ketika ku masih lg tergapai-gapai hidayah-Nya,
Kau membimbingku keatas jln yg lurus,
Di atas jln yg dipenuhi dgn rahmat dan redha-Nya.

Pelbagai suka-duka kita lalui bersama,
Buat diriku yg tiada punya abang,
Engkau ibarat abang kandungku,
Yang tak jemu-jemu melayan kerenah kami adik-adikmu,
Yang comel-comel ini..

Semoga di hari yg penuh bermakna buat dirimu ini,
Kau dapat merasai nikmat kasih-sayang-Nya,
Semoga setiap yang dilakukanmu di hari ini akan dapat menjadi saham,
Buat mu di akhirat kelak..
Semoga sisa-sisa hidupmu dicurahi rahmat dan kasih-sayang-Nya,
Semoga kita terus thabat didalam perjuangan ini...

Setiap saat yang ditempuh bersama,
Setiap perit jerih yang kau tempuhi dalam usaha mendidik diri ini,
Ku doakan agar Allah membalasnya setimpal-timpalnya,
Maafkan lah diri ini yang kasar tutur katanya,
Yang keras kepalanya,
Yang pelbagai kerenahnya,
Sesungguhnya aku masih perlu bimbingan dan sokongan,
Semoga Allah mengurniakan yg terbaik buatmu.....
Mohd Waqiyuddin Abdullah..



محمد نور ايمان شافيق
Manusia kerdil diatas jalan ini

Sunday, May 17, 2009

motif???

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم


jadikanlah ikhlas itu sahabat karib para kita...
bukan musuh dlm selimut yg akan menjatuhkan kita...

segala-galanya harus dimulakan dgn niat..
namun niat xkan menghalalkan cara pelaksanaan...
hidup ini haruslah diabdikan pada Allah dan segala perlakuan kita haruslah sebagai ibadah kita kepada-Nya...
oleh itu,mulakanlah dgn niat dan sewaktu pelaksanaannya, jgnlah sesekali melanggar halal haram...

janganlah kita menjadi fitnah kepada agama...
cukup2lah dgn fitnah2 yg telah ditaburi oleh org lain..
sepatutnya kita membersihkan masalah sedia ada,bukan menambah lg masalah yg akan membantutkan pergerakan kita...

sebenarnya nak menyeru diri ini dan sahabat2 lain untuk memperbetulkan niat kita study dan menduduki exam...
heheheh..
sepatutnya kalau niat betul dan cara pelaksanaan betul kita akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab yg kita pikul ini...

(teguran untuk diri yg kekurangan momentum untuk study..sgt sedey)

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba- hamba-Mu yang soleh"
An-naml (27; 19)

wallahu'alam...


محمد نور ايمان شافيق
manusia kerdil diatas jln ini

Friday, May 15, 2009

sumbangan teramat2 kerdil utk nakbah palestine

بسم الله الرحمن الرحيم
السلامعليكم

pada hari ini bertarikh 15 mei 2009,genaplah 61 tahun nakbah palestine....
apakah itu nakbah palestine..secara jujurnya penulis XPERNAH tahu smpai lah pg td mse bgn subuh,trbukak blog seorg ikhwah ni..org nya byk ilmu,suka penulis mengorek2 ilmu yg ada padanya dgn menanyakan pndapat mahupun mengutarakan masalah2 yg penulis hadapi..

Sgt terkena tepat di muka ini kerana tidak tahu ttg semua ini...

even kesedaran ttg palestine itu pun baru wujud ketika dibumi UK ini...klau xsmpai sini,mmg xpernah tahu..alhamdulillah,perancangan Allah itu Maha Tepat..hidayah-Nya akan diberikan pd mereka yg mendambakannya..

Akan akan demo di London esok insyaallah, penulis bercadang utk pergi..moga Allah permudahkan..
kpd sahabt2 yg mengunjungi seterusnya membaca blog ini,penulis menyeru kita semua agar setidak-tidaknya,sekurang-kurangnya mempunyai kesedaran ttg Palestine..konon ingin berdakwah sana sini tp penderitaan umat tidak kita ambil peduli..MasyaAllah...
semoga Allah yg Maha Pengampun lg Maha Mengasihani akan mengampunkan kita...

penulis semakin yakin dgn perancangan Allah bahawasanya ada tujuan lain penulis dtg ke bumi Uk ini...

pd masa lalu,org2 yg ingin menjatuhkan islam ni tahu bahawa klau melalui peperangan serta pertempuran,mereka tidak akan menang,lalu mereka meracuni pemikiran kita dgn gaya hidup yg melampau2..meletakkan hiburan sbgai segala2nya yg akhirnya membuatkan umat islam termasuklah kita ini ingin hidup selama-lamanya..dan takutkan mati...

itulah yg tlh berjaya diteraplan dlm minda kita sejak dr kita kecik lg melalui pelbagai media massa..even org2 sekeliling kita pun mnjadi mangsa keadaan yg memandang serong kepada perjuangan ini kerana pemikiran mereka yg tdk nmpk kepentingan dan keperluan dakwah ini..dan pabila kita mengerjakan usaha ini,kita yg dipandang serong..moga Allah mengampuni kita dan mereka..

selain drpd kita memboikot barangan2 israel dan sekutunya,perlu dan wajib bg kita memboikot produk hedonisme yg mereka bawakan...sedangkan itulah yg lbh besar impaknya pd umat islam keseluruhannya..ini kerana apabila umat islam tlh memulaukan cara hidup hedonisme,barulah kita blh bangkit..ini tidak,hidup kita sekarang bergantung dgn hedonisme yg didalangi musuh2 islam..sekarang ini pun,mereka buat2 senyap ttg isu palestine sedangkan keadaan sekarang ini sama teruknya dgn keadaan2 terdahulu..mungkin kerana takut melihat kebangkitan umat islam yg sebelumnya membuatkan mereka tidak dpt 'declare' mereka menang dan menawan gaza...sekarang mereka cuba mengaburkan mata kita dgn mendiamkan sahaja isu ini..menjadi tanggungjawab kita utk menyedarkan umat yg kian lalai ini

Abu Hamzah,Anas bin Malik r.a. menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Tidak sempurna iman seseorg di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"
(h.r. Bukhari dan Muslim)

apa yg blh kita lakukan???
langkah yang mudah..kita boleh berdoa dan insyaallah hari ini,mari sama2 kita solat hajat utk mereka...smpaikan doa yg ikhlas buat mereka...

bukan xnak dikritik,tp,mengapa hendak kita mencari salah yg peduli sedangkan tidak ingin membuka mata yg tidak peduli....

maafkan jika ada yg marah dgn artikel ini dan tidak berpuas hati..ini hanyalah nukilan penulis yg tidak byk ilmunya dan sedang bertatih2 diatas jln tarbiyyah ini..kpd insan2 yg hebat ilmu dan pemahamannya,kami memerlukan anda dan ilmu anda...barulah org yg kerdil seperti ini dpt bangkit membela nasib umat

Wallahu'alam..

محمد نور ايمان شافيق
manusia kerdil diatas jln ini

Monday, May 11, 2009

elak dari bersawang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

dah lame dah penulis tidak mengupdate blog ini..terlalu byk alasan yg penulis keluarkan utk tidak menulis ape2..
sepanjang tempoh tidak berupdate nih,byk bende yg penulis pelajari dan perhatikan..dan penulis rase penulis xkan menukilkan semuanya kot...ataupun apa yg penulis tulis nnt xde kaitan pun dgn apa yg penulis pelajari..huhuhu

dalam musim2 exam ni..pelbagai ragam yg dpt kita perhatikan...ada yg mula jauh drpd tuhan kerana terlalu 'taksub' dgn study masing2...xkurang juga ada yg amal ibadah nya smakin bertambah mencanak2 kerana masa ini lah baru dia ingat pd Allah..
tp xsemua org begitu akhi....mungkin ada yg baru tercampak 'Hidayah' kedlm hatinya utk berbuat/menambah amal...jgn terlalu cepat membuat spekulasi....sepatutnya apbl kita melihat org2 yg terkejar2 menunaikan ibadah, kita mendoakan mereka istiqamah dlm beribadah,bukan nya fikir yg bukan2 ttg mereka...

sewaktu usrah tempoh hari, kami membincangkan tentang surah Al-Qariah... penulis tertarik pada ayat yg ke-6 hingga ke-7, yg bermaksud
Barang siapa yang berat timbangan amalannya (6)
Maka ia (akan ditempatkan) dalam kehidupan yang senang-lenang di syurga (7)

berlaku sedikit perbincangan didalam usrah mengenai ayat ini dan apa yg plg terkesan buat penulis ialah perbincangan mengenai apakah amalan yg memberatkan timbangan.yg plg memberi kesan trhadap penulis ialah istiqamah dlm beribadah...terdpt hadis rasulullah mengenai istiqamah...
biarlah ibadah kita tidak seberapa banyak namun biarlah kita ttp istiqamah dan berterusan melakukannya drpd melakukan ibadah yg 'grand' namun hanya sekali itu sahaja...

namun jgnlah perkara ini dijadikan alasan bg kita utk tidak menambah amalan kita kerana kononnya kita takut sekiranya tidak istiqamah dlm ibadah tersebut..kerana sekiranya kita menjadikan ini sbgai satu alasan,smpai bila2 pun kita tidak akan istiqamah didlm beribadah dan smpai bila2 pun amalan kita tidak akan meningkat..ingatlah yg segala sesuatu itu bermula dgn niat..ada hadis Rasulullah yg lbh kurang maksudnya begini;

didalam perkara keduniaan,hendaklah kita melihat pada org yg lbh rendah drpd kita dan dalam melakukan ibadah hendaklah kita melihat pd org yg lbh tinggi drpd kita...

dalam perkara keduniaan,apbl kta mlihat org yg lbh rendah drpd kita, kita akan bersyukur dgn ni'mat yg tlh Allah kurniakan terhadap kita dan insyaallah dpt melatih kita utk tidak menjadi seorg yg riak..dan didalam mengerjakan kebajikan,hendaklah kita melihat pd org yg lbh tinggi agar kita akn berkejar-kejar hndak meningkatkan amalan agar akan ditempatkan didalam syurga kelak..

dan lagi satu amalan yg penting yg akan memberatkan timbangan kita kelak ialah dakwah....masyaallah,bayangkan jika dgn izin Allah kita berjaya mengetuk pintu hati saudara kita kpd cara hidup islam yg sbnrnya dan dia meneruskan usaha kita untuk menyedarkan umat manusai lainnya..akan tidak terkira byknya pahala yg akan Allah kurniakan kpd kita..

umur kita tidak panjang dan dosa kita terlalu banyak..walaupun kita tlh meninggalkan jahiliyyah2 silam kita,namun kita harus berjaga2 dgn jahiliyyah yg lain yg tidak kita sedari(merasakan diri tlh bersih dr jahiliyyah adalah jahiliyyah itu sendiri)..musuh utama para dai'e ini ialah prasaan ikhlas dan riak..sia2 berdakwah sana-sini,tulis itu ini,namun sekiranya hati tidak ikhlas mahupun riak..segala2nya tidak bernilai pd Allah dan yg rugi adalah diri kita sndiri...jadi adalah amat 'crucial' utk kita mengejar2 amalan yg memberatkan ini...

entry ini sbnrnya utk mengingatkan diri penulis terutamanya agar tidak melakukan ibadah yg 'grand' tetapi tidak istiqamah juga utk mengingatkan penulis utk tidak hanya ingat pada Allah di musim2 exam ini sahaja....semoga teman2 dpt sama2 menasihati dan menegur diri ini kiranya diri ini kelihatan tersasar dr landasan yg sepatutnya..sesungguhnya diri ini baru bertatih diatas jln yg penuh kemuliaan ini....

akhir kata "study is a must!!!but Allah's will comes first!!!!"

Wallahu a'lam

محمد نور ايمان شافيق

Tuesday, May 5, 2009

bertapa..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

waktu dan saat ketika ini penulis sedang bertapa di library university penulis..tujuannya hanya satu..untuk study!!!!!!!!!
huhuhu.....and at the same time,blhlah solat jemaah di prayer room uni...alhamdulillah...
penulis memilih quiet study area yg dibenarkan utk membawa laptop bersama..bukan ape...klau bosan2,blhlah buat pape ngan laptop ni kan..huhuu

penulis sbnrnya bukanlah jenis yg pandai study..study pun blh kira ngan jari baru brapa kali..huhu..so penulis pun buat keputusan drastik utk bertapa di library university setiap hari utk study dan kita tgk sajalah setakat mana usaha ini berjaya..semoga Allah memberkati usaha penulis ini...amiin...
bak kata syed roslan,rugilah siapa yg study bukan utk dakwah..huhuhu..
actually,kalau study biase2 je,xpulun sgt,insyaallah penulis tetap akan dpt pass tahun ni and sambung 2nd year nnt tp ade sorg ni prnh bgtau penulis bahawa kite ni perlu dpt result yg gempaq utk psycho adik2 nnt..insyaallah akan penulis cuba sedaya upaya..huhuh..
dan utk ini berjaya,penulis perlulah BERTAPA!!!!
duduk dibilik,blh kira berapa ayat ygmasuk kepala ini..huhuh....sedey...

wahai teman2,doakanlah agar penulis diberi kekuatan utk istiqamah dlm study ini..

محمد نور ايمان شافيق

Wednesday, April 29, 2009

Pasca Hari Lahir


بسم الله الرحمن الرحيم
السلا م عليكم


Semalam penulis telahpun menyambut hari lahir yg ke 20..huhuhu
tp penulis xkluar kemane2 utk celebrate bday ini..dok sorg2 dlm bilik jer..
heheheh..mls nk kuar...
dikesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan setinggi2 ucapan terima kasih pd yg wish dan yg trutama bg mereka2 yg mendoakan penulis...

Penulis juga menerima kad ucapan dr Malaysia...kad yg sgt besar dan ditandatangani oleh semua ahli keluarga termasuklah maksik2 dan sepupu2 terdekat...dan disinilah facebook memainkan peranan yg penting utk mengingatkan rakan2 kita ttg hari lahir kita.....heehhheheh

inilah gmbr kad nyer,penulis amek gmbr skali ngan hp supaya korg dpt bandingkan saiz kad tu dgn hp..hehehehe






selain itu juga,penulis adelah buat hadiah utk diri sendiri...
hehehe...
set up kan language arabic and font2 die skali utk tulis2 jawi...tu yg mase bday tu ade entry tulisan jawi tuh...hehehe..
tp yg plg mmbuatkan penulis syg sgt dgn font ni ialah label yg penulis buatkan utk keyboard nih..effort pergi print n potong satu2 pastu tampal..hahahahah


hari pon best gak..ade org dtg bilik smbut bday..heheh..wlaupun dah lepas kan..ape salahnye,sambutan lmbt sket kan..hehehe
org tu ialah naqibku....hahahah...dtg jauh2,pastu smpai lmbat..kehadirannya membawa seekor ayam panggang, seketul pizza mini, buah-buahan, juga kek coklat yg dia claim dia buat sndiri..hrm,xde bukti utk dipercayai dan juga xde bukti utk disanggah....so diam2 sudey...huhuhu
skali lg,ucapan trime kasih diucapkan...hehehe...

ni ade link menarik penulis nk kongsi dgn anda semua..maybe kbanyakan pembace telah pun membacanya tp xper,nk letak gak.muahahahah

salam...
محمد نور ايمان شافيق

Tuesday, April 28, 2009

ڤرجالانن ايني

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا م عليكم

ڤد هاري اين ڤنوليس تلهڤون منجڠكاو اوسيا ۲۰ تاهون
دسين ايڠين ڤنوليس مڠيڠتكن كيتا سموا بهاوا سيسا۲ كهيدوڤن كيت يڠ تيڠڬل منجادي سماكن سيڠكاة كرانا كلاحيران, كماتيان دان جودوه كيت تلهڤون دتتڤكن سجك ازالي لاڬي

يا الله, اكو تيدق مڠايڠنكن اومور يڠ ڤنجڠ سكيراپ هيدوڤكو نانتي اكن دنوداي دوسا۲
سباليقپ اكو ڤوهون ڤادامو يا الله, اڬر كاو بركتي سيسا۲ حيدوڤكو دان ڤرمودهكنله ڤرجالانان كو اونتوق مڠڬاڤاي شورڬامو يا الله..اكو تاكوة اكو تيداق لاياق اونتوق شورڬامو نامون جڠنله اڠكاو منݘمڤقكن ديريكو كدالم نراكامو.. يا الله, كاو تڬوهكنله هاتيكو اڬر اكو تتاڤ برجواڠ دجلانمو اين يا الله..واهاي سهبةكو سكاليان, اكو تيدق مڠايڠنكن هادياه درڤد كاليان ݘوما كوڤوهون اڬر كاليان مندواكن ديريكو...موڬا كيت ساما۲ تتڤ تڬوه برجواڠ منڬاقككن اڬام الله دبومي اين

محمد نور ايمان شافيق

Sunday, April 26, 2009

coret

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Kasih saying ini mmg suci, tak diduakan...
Tp itu bukan krn Allah,maaf, ia tak dpt teruskan..
Ini semua akn merosakkan hati,
Sekarang bukan masanya untuk bermain cinta,
Ini merupakan jahiliyyah yg perlu dikikis dr dlm diri,
Tanggungjwb yg kita ade lbh byk drpd masa yg kita ada,
Jgn sia2kan masa itu dgn perkara sia2...
Dekatkan dirimu dgn Allah, bersihkan hatimu
Semua ini akan membawa ke neraka,dan neraka merupakan seburuk2 tmpt yg tdk ingin ditujui oleh mereka yg melihat menggunakan basirahnya..
Marilah kita sama2 perbaiki diri kita ini.
Adakah jln yg kita tempuhi ini benar
Blhkah jahiliyyah dan iman bersatu?
Dptkah putih dan hitam bercampur?
Seolah2 kelabu yg sebenarnya hanyalah bayangan yg hitam..
Syurga itu indah namun maharnya mahal..
Semoga Dia yg kerana-Nya kamu mengasihi aku akan mengasihimu
Allah Maha Mengetahui apa yg kita sembunyikan
Jgn disangkakan Allah itu kejam..
Hanya dgn mahar yg mahal sahajalah seseorg itu akan dpt merasai kemanisan iman..
Hanya dgn itu seorg hamba akan hanyut dlm lautan cinta kepada Illah nya
Ya Allah..jadikanlah aku hamba yg beruntung itu...

Aku ingin menjadi seorg mukmin yg sebenar..
Yang dpt menubuhkan sebuah tmpt berteduh yg didiami org2 mukmin
Rumah org2 mukmin yg dgn kehadirannya dpt membuka mata rakyat setempat utk kembali mentaati Tuhan yg sebenar2nya dan trus memperjuangkan risalah2 Allah

Agar segalanya akan menjadi satu kenyataan,
Aku memerlukan seorg isteri yg dpt membantu membina suasana tersebut
Yang faham dgn kerja dakwah,ujian2 dilalui org berdakwah
Ya Allah,kahwinkanlah aku kerana dakwah, bukan kerana cinta manusia
Barulah dgn itu, akan wujudnya cinta sesama manusia itu kerana Allah dan Rasul-Nya
Abdikanlah dirimu kerana dakwah,kahwinlah kerana dakwah, matilah kerana dakwah...
Untuk itu,
Carilah seorg yg mengabdikan hidupnya di jln Allah
Yang dirinya dpt membantu mendekatkan diri pd Allah,bukannya menjauhi-Nya.
Jadilah seorg yg tdk akan menambah beban padanya
Akan tetapi jadilah seorg yg apabila didampingi,akan memudahkan ujian yg menimpa dan membuatkan ia dirasakan mudah
Biarlah basirahmu memandu hala tujumu, bukan basar mu semata2..
Allah lah sebaik2 perancang..tiada kebetulan mahupun nasib dlm hidup ini..
Yg ada hanyalah takdir yg disusun rapi yg tlh ditentukan buat hambanya
Bantulah diri ini Ya Allah...Tuhan yg Maha Mengetahui apa yg kami bicarakan mahupun kami sembunyikan..ikhlaskanlah hati ini..
Wahai teman,doakanlah agar diri ini sentiasa thabat di atas jln ini...amiin

محمد نور ايمان شافيق

Friday, April 24, 2009

ABC123

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum....
wah...hari ni baru nk start study btol2...tp xtahu r macam mane nk stadi btol2 nih...study maen2 retilah...xpaham mcm mane seseorg tu blh ngadap buku jer xkluar bilik xpun yg dok ngadap berjam2 dan hidup xleh tanpa buku2nya...
huhuuhu
ker penuli syg xbtol?????hehehe...tanye rmai org,sume kate lain org lain care study die..mmg lah btol tp mcm mane pnulis nk tahu mane satu care study penulis..hukhukhuk...tp xperlah,biarlah ape pun yg akn trjadi 'ALAT' ini akan penulis cube gunakan sebaik2nya...insyaallah akan dipermudahkan....tp dgn syarat kene r study pakcik ooi!!!!

tetiber tringatkn prbincangan dgn ssorg ni bbrp hri lepas...kami ni same2lah xgempak study dr sekolah menengah...pastu mse a-level pon tah hape2 gak result..die dpt result yg same ngan penulis, result yg X membuatkn seseorg rase ingin beritahu ble ditanyer...tp kami dicampakkan ke bumi UK ini jugak..hrm..mengapa ya????

dr hasil sembang2,kami rasa brsyukur kerana dicampakkan kesini...padahal,klau ikut result,lbh rmai patut berada disini selain kami..tp Allah itu Maha Hebat dan Bijaksana...Dia mrngetahui apa yg trbaik buat kami dan penulis yakin disinilah takdir penulis..penulis berhak brd disini..Hidayah yg Allah campakkan buat kami lbh bernilai dan berharga drpd segulung ijazah yg dinanti2kan keluarga dan sponsor...medan juang kami di Malaysia,maka akan daku persiapkan diriku ini disini...dan kupohon pada kalian semua agar mendoakan agar diri ini thabat dgn jln yg dipilih...juga doakanlah rakan2 seperjuangan penulis...

nmpknya ini satu lg entry yg kosong tidak bertema..hanya luahan hati disaat dan ketika ini.......
penulis rase setakat ini sahaja kot..subuh pun semakin mampir...

sekian..terima kasih..

salam alaik..
JZKK

محمد نور ايمان شافيق

Wednesday, April 22, 2009

pagi yg malang...separa sedar....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...

"Janganlah kamu merasakan diri kamu beriman sehingga kamu belum diuji"
ini ayat quran tp penulis xingat ayat mane..ilmu pun xtinggi..bace quran pun merangkak- rangkak lagi....huhu tp ini bkn soalnya pg ni... soalnya ialah penulis xtido semalaman...at first penulis menyiapkn group report smbil menunggu tibanya waktu subuh....

dlm kekalutan dan ke'pressure'ran, penulis terformat thumbdrive penulis ikut cara biasa kite buat tuh.. (quick format) yg sbnrnya bukanlah methode yg seswai digunakan pd thumbdrive yg ade secret compartment nih..hish!!! nk secure pon susah....critanya brtambah tragis setelah penulis xdpt retrieve that so called secret compartment tuh!!! kegelabahan menjadi2..hati tdk tenteram..jantung berdegup laju...ploh je blom menitis lagi...drpd 4 Gb jd 1.47 Gb jer..hampeh tol....

penulis pon surf r internet nk carik die nyer copy software tuh pastu ade r jumpe satu software ni utk thumbdrive 8gb punyer...hrm,melihatkan jename yg same dan tanpe membiarkan mase membiarkan dirinya berlalu,penulis pon download software nih..dah download apa lagi.....INSTALL lah!!!! dah install baek punya, so penulis pun gune r software tuh..tup tup..laptop hang....dlm hati, apakah??????report yg dah disiapkan xmasuk thumbdrive lagi..xkan r esok pg kene g uni buat blk...botak seperti waqi lah aku nnt...

sabar2,small matter beb..kate amek quiz dlm facebook bley slesaikan masalah computer xkire major or minor kan...ehem2....
dgn tanpa segan silu dan penuh yakin diri serta tanpa memandang kiri dan kanan,button power itu pun penulis tekan sepuas hati sehingga laptop ni shutdown secara sndiri nya...saat yg mendebarkan pun tibe..jeng jeng jeng...suis ditekan bg mmbolehkan laptop beroperasi semula...(or in english we said restart..ada paham)..


dah on smpai die kuar desktop ape sume,tetibe die hang lah plak..kene ulang step sebelum ni tadi (gaya masih dikekalkan) ....setelah mengulang step itu hmpir 10 kali dan memakan mase selame 2 jam.... alhamdulillah, laptop saya kembali normal..namun dgn sedikit kecacatan..penulis dah suspect dah,ni mesti keje software ni tadi..
before buat bende lain..transfer dulu report tu kedlm thumbdrive..itu lbh utama..agak2 dah selesaikan prkara2 asas/penting tibelah mse nk membasmi kuman yg buatkan laptop ni jadik biol..

dah click kat remove,software ni maen kasar plak...die buat hang lg skalik...mmg mase ni dah tawakal habis dah...

"adakah Allah nk bg warning yg laptop ni byk melalaikan aku ker,ker Allah nk mudahkan jln aku utk study for final nnt ke, ke ni kifarah dose aku yg menggunung tinggi tuh.."

penulis pun berdoa byk2 dan tekan button on blk..smbil2 tu mmg dah penat giler,so penulis landing ats katil nk tido....blom sempat penulis nk terlelap,dgn mengambil mase lbh kurang 10 minit,laptop ini pun berjaya dihidupkan kembali dan penulis pun bukak blog dan menaip artikel ini..hehehe
maaflah seandainya berlaku terlalu byk kesilapan sepanjang pembaca mmbaca artikel ini mahupun ade pembace yg merase jengkel stlh mmbacenye,maafkanlah penulis..otak xbtol lagi nih...xdpt rest lg..huhuhuhu..ataupun ade yg tertanye2 apekah kaitan atr awal2 entry ini dgn the rest of the story,????klau ade,abaikan jer..penulis menulis dlm keadaan separa sedar....hehehehe oklah..sekian sahaja buat kali ini...
terima kasih kerana menyusahkan tuanmu yg amat menyayangimu setulus hatinya..adakah ini warning kpdku krn ku berniat utk membeli laptop lagi sebijik..tidak!!!!!


Wallahualam...
Salam alaik

Sunday, April 19, 2009

Brothers Night Out

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......
semalam penulis tiba ke bilik pada pukul 12 tgh malam..hahahha
haa?????buat ape tuh kluar mlm2 pastu blk lewat tgh malam..hahahha
sebenarnya penulis ade dinner bersama ISOC (islamic Society) Uni of Greenwich Maeda Grill bersebelahan dgn East London Mosque....

Pelajar Malaysia diwakili oleh penulis dan Famy sahaja...Kami memulakan langkah dr Greenwich ke sane dgn menaiki kereta yg dipandu Brother Altaf (abg angkat famy)...die offer famy nk bwk kitorg ke tmpt trsebut dan nk dijadikan cerite,mamat yg lg 3 org tu punyerlah malas smpai xnak pergi..huuhhuh

sesampainyer kitorg di whitechapel,kitorg pon tros ke East London Mosque utk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah..East London Mosque ni mmg tmpt Org Islam,so masjid die penuh gler..boleh mendapatkan maklumat lanjut ttg kawasan ini dan ttg masjid ini dari sini..

Usai solat jemaah,kami keluar masjid dan disitulah semua ahli2 ISOC berkumpul dan juga ade sebahagian yg hadir tlh pun menamatkan pengajian di Uni trsebut..kami pon berkenal2 lah dgn semua org....

Agenda Utama-MAKAN!!!!! kami pun menuju kedalam kedai yg telah dibuat bookingnya..kedai ini merupakan kedai turki...tetibe bile dah duduk,baru penulis perasan yg penulis tidak ade walau sesen pon dlm poket..dlm kekalutan nk kuar td,lupe nk bwk kuar duit..so,penulis pon pakat dgn Famy utk share makanan kitorg (dlm hati ckp hbslah aku xkenyang mlm ni)..mkan disitu juga mahal2 belake...

Penulis dapati prbezaan antara kita org Msia dgn yg lain...saat penulis dan Famy nk order mknn,kitorg congak2 gak berape harge mknn yg kitorg order n kitorg order sikit2 jer....tp yg lain plak,diorg order je ape diorg nk mkn dgn byknya dan xkesah pon nk bajet berape kene bayar...ble da nk byar,masing2 terkejut dgn harge makanan yg perlu dibayar dan diorg mkn pun xhabis...so,kenelah tapau..Alhamdullillah mereka tahu supaya jgn membazir tp mule2 tu mungkin trpengaruh dgn nafsu n nmpk sume mende sedap..hehehehe..


Saudara Altaf dgn Saudara Ridhwan
Sesudah mkn,ada sorg brother ni xsuke amek gmbr so die xde..name nye Kassim
duduk dr kiri : Abdulhaqim, Abul
berdiri : Maaruf (pali jgn jeles aku ade gmbr die)Sewaktu sedang mkn roti dan menunggu hidangan utama


Sesudah makan,kami pun menuju kembali ke masjid dan menunaikan solat Isay' scr brjemaah...makan,makan jugak,bersyukur jgn lupa...
kemudian kami berpisah dgn bbrp org brother ni yg takut xdpt smpai rumah naik tube sbb mase tu dah agaka lewat..kumpulan kami menuju ke 1 kedai ni dgn niat nk minum teh tp ap yg jadi ialah kebanyakan dr kami end up mkn ais krim...setelah dihitung syiling yg ada,penulis dan Famy mmbuat keputusan ingin minum hot choc dan mocha sahaja..miskinnye mase tu..tgk jerlah org lain mkn aiskrim...

kemudian Altaf pun menghantar kami blk hingga ke hall msg2..katanya xnak kitorg jln tgh2 mlm dgn org2 mabuk yg bersepah tepi2 jln tu..concern jugak die ek..heheheh

sekianlah sahaja Brothers Night Out semalam...dapatlah jugak berkenal2 dgn diorg sume..

Wallahualam...
Salam Alaik...

Friday, April 17, 2009

Ngarutan di awal pagi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...

Sekarang jam menunjukkan pukul 0407 di United kingdom...subuh telah pun masuk pada 0348 td...penulis tidak tido mlm ini...klau tido,mmg payah r nk bgn subuh jawabnyer coz syuruk skang pukul 0600.. awal gler..kalau kat mesia ni,baru nk subuh time2 camtu...skang ni standard org buat Qiam jer....

baru jer habis planning utk bahagian penulis dlm report nnt..esok akn mengutip mereka2 ini punye kerje n kene combine n edit..yerlah,sebagai ketua kumpulan yg dilantik secara paksa-rela oleh epi n syamil....ciit!!diorg ni pon...
group penulis terdiri drpd penulis (of course r kan), epi , syamil , Yang Zhen (budak cina ini mengalami masalah berkomunikasi dgn kami namun kami hanya mampu akur pada ketentuan Ilahi ini =( ),
mustafa (warga bangladesh berkulit cerah yg pendiam namun sgt eager dgn group project ini), wissam(dipercayai telahpun mati akibat pelbagai penyakit yang menimpa diri dan keluarganya dan kami warga Malaysia di Greenwich mempercayai itu hanyalah alasan semata kerana dirinya yg sgt malas tu dan bakal ditendang keluar kumpulan tanpa belas kasihan) dan seorg lagi warga cina y penulis dah xingat namanya apa kerana xprnh memunculkan diri dan xpernah membalas email2(assume xwujud sudah)..

oklah..penulis nk solat subuh then nk tido!!!! nanti kene bgn utk gi revision class Discrete Maths pada pukul 10 pagi...hukhukhuk

sekianlah sahaja..
Wassalam....

Thursday, April 16, 2009

Istanbul,turki 3rd & 4th day

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum...
Disini penulis sertakan gmbr2 di turki utk hari ketiga dan keempat...combine sekali,senang..hehehhe
enjoy...

Makan2 bersama Syafiq
semasa Bosphorus Boat our yg dipenuhi oleh para pelajar malaysia yg dtg dr united kingdompenulis,Syafiq,AnamDolmabache PalaceFahmi menikmati tiupan angin pada rambutnya sambil membelakangi RumelihisariRumelihisariDi Istanbul UniversityIni gmbr candid yer..bukan dibuat2di dpn Masjid Abu Ayyub Al-AnsaryMakam Sultan Muhammad II(Muhammad Al-Fatih)sedikit maklumat tentang beliaudihadapan Suleymanie Mosque dimana kami menunaikan solat jumaatBersama rakyat2 turki yg concern ttg islam dan sgt ramah
iklan jeans
semua muka gembira

sekian, Wassalam......