Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Lahir


بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم

Dengan izin Allah,
Kau hadir ketika ku didalam kegelapan,
Ketika ku masih lg tergapai-gapai hidayah-Nya,
Kau membimbingku keatas jln yg lurus,
Di atas jln yg dipenuhi dgn rahmat dan redha-Nya.

Pelbagai suka-duka kita lalui bersama,
Buat diriku yg tiada punya abang,
Engkau ibarat abang kandungku,
Yang tak jemu-jemu melayan kerenah kami adik-adikmu,
Yang comel-comel ini..

Semoga di hari yg penuh bermakna buat dirimu ini,
Kau dapat merasai nikmat kasih-sayang-Nya,
Semoga setiap yang dilakukanmu di hari ini akan dapat menjadi saham,
Buat mu di akhirat kelak..
Semoga sisa-sisa hidupmu dicurahi rahmat dan kasih-sayang-Nya,
Semoga kita terus thabat didalam perjuangan ini...

Setiap saat yang ditempuh bersama,
Setiap perit jerih yang kau tempuhi dalam usaha mendidik diri ini,
Ku doakan agar Allah membalasnya setimpal-timpalnya,
Maafkan lah diri ini yang kasar tutur katanya,
Yang keras kepalanya,
Yang pelbagai kerenahnya,
Sesungguhnya aku masih perlu bimbingan dan sokongan,
Semoga Allah mengurniakan yg terbaik buatmu.....
Mohd Waqiyuddin Abdullah..



محمد نور ايمان شافيق
Manusia kerdil diatas jalan ini

Sunday, May 17, 2009

motif???

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم


jadikanlah ikhlas itu sahabat karib para kita...
bukan musuh dlm selimut yg akan menjatuhkan kita...

segala-galanya harus dimulakan dgn niat..
namun niat xkan menghalalkan cara pelaksanaan...
hidup ini haruslah diabdikan pada Allah dan segala perlakuan kita haruslah sebagai ibadah kita kepada-Nya...
oleh itu,mulakanlah dgn niat dan sewaktu pelaksanaannya, jgnlah sesekali melanggar halal haram...

janganlah kita menjadi fitnah kepada agama...
cukup2lah dgn fitnah2 yg telah ditaburi oleh org lain..
sepatutnya kita membersihkan masalah sedia ada,bukan menambah lg masalah yg akan membantutkan pergerakan kita...

sebenarnya nak menyeru diri ini dan sahabat2 lain untuk memperbetulkan niat kita study dan menduduki exam...
heheheh..
sepatutnya kalau niat betul dan cara pelaksanaan betul kita akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab yg kita pikul ini...

(teguran untuk diri yg kekurangan momentum untuk study..sgt sedey)

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba- hamba-Mu yang soleh"
An-naml (27; 19)

wallahu'alam...


محمد نور ايمان شافيق
manusia kerdil diatas jln ini

Friday, May 15, 2009

sumbangan teramat2 kerdil utk nakbah palestine

بسم الله الرحمن الرحيم
السلامعليكم

pada hari ini bertarikh 15 mei 2009,genaplah 61 tahun nakbah palestine....
apakah itu nakbah palestine..secara jujurnya penulis XPERNAH tahu smpai lah pg td mse bgn subuh,trbukak blog seorg ikhwah ni..org nya byk ilmu,suka penulis mengorek2 ilmu yg ada padanya dgn menanyakan pndapat mahupun mengutarakan masalah2 yg penulis hadapi..

Sgt terkena tepat di muka ini kerana tidak tahu ttg semua ini...

even kesedaran ttg palestine itu pun baru wujud ketika dibumi UK ini...klau xsmpai sini,mmg xpernah tahu..alhamdulillah,perancangan Allah itu Maha Tepat..hidayah-Nya akan diberikan pd mereka yg mendambakannya..

Akan akan demo di London esok insyaallah, penulis bercadang utk pergi..moga Allah permudahkan..
kpd sahabt2 yg mengunjungi seterusnya membaca blog ini,penulis menyeru kita semua agar setidak-tidaknya,sekurang-kurangnya mempunyai kesedaran ttg Palestine..konon ingin berdakwah sana sini tp penderitaan umat tidak kita ambil peduli..MasyaAllah...
semoga Allah yg Maha Pengampun lg Maha Mengasihani akan mengampunkan kita...

penulis semakin yakin dgn perancangan Allah bahawasanya ada tujuan lain penulis dtg ke bumi Uk ini...

pd masa lalu,org2 yg ingin menjatuhkan islam ni tahu bahawa klau melalui peperangan serta pertempuran,mereka tidak akan menang,lalu mereka meracuni pemikiran kita dgn gaya hidup yg melampau2..meletakkan hiburan sbgai segala2nya yg akhirnya membuatkan umat islam termasuklah kita ini ingin hidup selama-lamanya..dan takutkan mati...

itulah yg tlh berjaya diteraplan dlm minda kita sejak dr kita kecik lg melalui pelbagai media massa..even org2 sekeliling kita pun mnjadi mangsa keadaan yg memandang serong kepada perjuangan ini kerana pemikiran mereka yg tdk nmpk kepentingan dan keperluan dakwah ini..dan pabila kita mengerjakan usaha ini,kita yg dipandang serong..moga Allah mengampuni kita dan mereka..

selain drpd kita memboikot barangan2 israel dan sekutunya,perlu dan wajib bg kita memboikot produk hedonisme yg mereka bawakan...sedangkan itulah yg lbh besar impaknya pd umat islam keseluruhannya..ini kerana apabila umat islam tlh memulaukan cara hidup hedonisme,barulah kita blh bangkit..ini tidak,hidup kita sekarang bergantung dgn hedonisme yg didalangi musuh2 islam..sekarang ini pun,mereka buat2 senyap ttg isu palestine sedangkan keadaan sekarang ini sama teruknya dgn keadaan2 terdahulu..mungkin kerana takut melihat kebangkitan umat islam yg sebelumnya membuatkan mereka tidak dpt 'declare' mereka menang dan menawan gaza...sekarang mereka cuba mengaburkan mata kita dgn mendiamkan sahaja isu ini..menjadi tanggungjawab kita utk menyedarkan umat yg kian lalai ini

Abu Hamzah,Anas bin Malik r.a. menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Tidak sempurna iman seseorg di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"
(h.r. Bukhari dan Muslim)

apa yg blh kita lakukan???
langkah yang mudah..kita boleh berdoa dan insyaallah hari ini,mari sama2 kita solat hajat utk mereka...smpaikan doa yg ikhlas buat mereka...

bukan xnak dikritik,tp,mengapa hendak kita mencari salah yg peduli sedangkan tidak ingin membuka mata yg tidak peduli....

maafkan jika ada yg marah dgn artikel ini dan tidak berpuas hati..ini hanyalah nukilan penulis yg tidak byk ilmunya dan sedang bertatih2 diatas jln tarbiyyah ini..kpd insan2 yg hebat ilmu dan pemahamannya,kami memerlukan anda dan ilmu anda...barulah org yg kerdil seperti ini dpt bangkit membela nasib umat

Wallahu'alam..

محمد نور ايمان شافيق
manusia kerdil diatas jln ini

Monday, May 11, 2009

elak dari bersawang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

dah lame dah penulis tidak mengupdate blog ini..terlalu byk alasan yg penulis keluarkan utk tidak menulis ape2..
sepanjang tempoh tidak berupdate nih,byk bende yg penulis pelajari dan perhatikan..dan penulis rase penulis xkan menukilkan semuanya kot...ataupun apa yg penulis tulis nnt xde kaitan pun dgn apa yg penulis pelajari..huhuhu

dalam musim2 exam ni..pelbagai ragam yg dpt kita perhatikan...ada yg mula jauh drpd tuhan kerana terlalu 'taksub' dgn study masing2...xkurang juga ada yg amal ibadah nya smakin bertambah mencanak2 kerana masa ini lah baru dia ingat pd Allah..
tp xsemua org begitu akhi....mungkin ada yg baru tercampak 'Hidayah' kedlm hatinya utk berbuat/menambah amal...jgn terlalu cepat membuat spekulasi....sepatutnya apbl kita melihat org2 yg terkejar2 menunaikan ibadah, kita mendoakan mereka istiqamah dlm beribadah,bukan nya fikir yg bukan2 ttg mereka...

sewaktu usrah tempoh hari, kami membincangkan tentang surah Al-Qariah... penulis tertarik pada ayat yg ke-6 hingga ke-7, yg bermaksud
Barang siapa yang berat timbangan amalannya (6)
Maka ia (akan ditempatkan) dalam kehidupan yang senang-lenang di syurga (7)

berlaku sedikit perbincangan didalam usrah mengenai ayat ini dan apa yg plg terkesan buat penulis ialah perbincangan mengenai apakah amalan yg memberatkan timbangan.yg plg memberi kesan trhadap penulis ialah istiqamah dlm beribadah...terdpt hadis rasulullah mengenai istiqamah...
biarlah ibadah kita tidak seberapa banyak namun biarlah kita ttp istiqamah dan berterusan melakukannya drpd melakukan ibadah yg 'grand' namun hanya sekali itu sahaja...

namun jgnlah perkara ini dijadikan alasan bg kita utk tidak menambah amalan kita kerana kononnya kita takut sekiranya tidak istiqamah dlm ibadah tersebut..kerana sekiranya kita menjadikan ini sbgai satu alasan,smpai bila2 pun kita tidak akan istiqamah didlm beribadah dan smpai bila2 pun amalan kita tidak akan meningkat..ingatlah yg segala sesuatu itu bermula dgn niat..ada hadis Rasulullah yg lbh kurang maksudnya begini;

didalam perkara keduniaan,hendaklah kita melihat pada org yg lbh rendah drpd kita dan dalam melakukan ibadah hendaklah kita melihat pd org yg lbh tinggi drpd kita...

dalam perkara keduniaan,apbl kta mlihat org yg lbh rendah drpd kita, kita akan bersyukur dgn ni'mat yg tlh Allah kurniakan terhadap kita dan insyaallah dpt melatih kita utk tidak menjadi seorg yg riak..dan didalam mengerjakan kebajikan,hendaklah kita melihat pd org yg lbh tinggi agar kita akn berkejar-kejar hndak meningkatkan amalan agar akan ditempatkan didalam syurga kelak..

dan lagi satu amalan yg penting yg akan memberatkan timbangan kita kelak ialah dakwah....masyaallah,bayangkan jika dgn izin Allah kita berjaya mengetuk pintu hati saudara kita kpd cara hidup islam yg sbnrnya dan dia meneruskan usaha kita untuk menyedarkan umat manusai lainnya..akan tidak terkira byknya pahala yg akan Allah kurniakan kpd kita..

umur kita tidak panjang dan dosa kita terlalu banyak..walaupun kita tlh meninggalkan jahiliyyah2 silam kita,namun kita harus berjaga2 dgn jahiliyyah yg lain yg tidak kita sedari(merasakan diri tlh bersih dr jahiliyyah adalah jahiliyyah itu sendiri)..musuh utama para dai'e ini ialah prasaan ikhlas dan riak..sia2 berdakwah sana-sini,tulis itu ini,namun sekiranya hati tidak ikhlas mahupun riak..segala2nya tidak bernilai pd Allah dan yg rugi adalah diri kita sndiri...jadi adalah amat 'crucial' utk kita mengejar2 amalan yg memberatkan ini...

entry ini sbnrnya utk mengingatkan diri penulis terutamanya agar tidak melakukan ibadah yg 'grand' tetapi tidak istiqamah juga utk mengingatkan penulis utk tidak hanya ingat pada Allah di musim2 exam ini sahaja....semoga teman2 dpt sama2 menasihati dan menegur diri ini kiranya diri ini kelihatan tersasar dr landasan yg sepatutnya..sesungguhnya diri ini baru bertatih diatas jln yg penuh kemuliaan ini....

akhir kata "study is a must!!!but Allah's will comes first!!!!"

Wallahu a'lam

محمد نور ايمان شافيق

Tuesday, May 5, 2009

bertapa..

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

waktu dan saat ketika ini penulis sedang bertapa di library university penulis..tujuannya hanya satu..untuk study!!!!!!!!!
huhuhu.....and at the same time,blhlah solat jemaah di prayer room uni...alhamdulillah...
penulis memilih quiet study area yg dibenarkan utk membawa laptop bersama..bukan ape...klau bosan2,blhlah buat pape ngan laptop ni kan..huhuu

penulis sbnrnya bukanlah jenis yg pandai study..study pun blh kira ngan jari baru brapa kali..huhu..so penulis pun buat keputusan drastik utk bertapa di library university setiap hari utk study dan kita tgk sajalah setakat mana usaha ini berjaya..semoga Allah memberkati usaha penulis ini...amiin...
bak kata syed roslan,rugilah siapa yg study bukan utk dakwah..huhuhu..
actually,kalau study biase2 je,xpulun sgt,insyaallah penulis tetap akan dpt pass tahun ni and sambung 2nd year nnt tp ade sorg ni prnh bgtau penulis bahawa kite ni perlu dpt result yg gempaq utk psycho adik2 nnt..insyaallah akan penulis cuba sedaya upaya..huhuh..
dan utk ini berjaya,penulis perlulah BERTAPA!!!!
duduk dibilik,blh kira berapa ayat ygmasuk kepala ini..huhuh....sedey...

wahai teman2,doakanlah agar penulis diberi kekuatan utk istiqamah dlm study ini..

محمد نور ايمان شافيق