Showing posts with label Insyallah tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Insyallah tazkirah. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Pesanan Saidina Umar Al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqqas

Bismillah Arrahman Arrahiim
Assalamualaikum (^__^)


mudah kan untuk kita merasakan bahawa kita perlu melakukan yang terbaik dalam setiap perbuatan KITA diatas dunia ini dan melupakan faktor Allah berkuasa keatas segala2-Nya... TT__TT

mudah sangat untuk rasa 'asalkan aku buat yang terbaik pasti Allah akan bantu dan berikan kejayaan/kemenangan...' 

berapa kali kita mintak pada Allah untuk buka hati mutarabbi KITA selepas KITA berpenat lelah memerah otak dan keringat untuk memberikan yang terbaik buat mereka.... huhuhuhuuhu 

ade terfikir tak tindak tanduk dan kehidupan kita akan menentukan keberjayaan dakwah kita???? 

JOM! KITA buat sedikit imbasan dan kita tgk balik sirah sahabat, apakah yang membuatkan sahabat2  dimuliakan oleh Allah dan diberi kemenangan keatas manusia lain dizaman mereka namun kita pada masa ini yang  mempunyai pelbagai sumber boleh dihina dan dipandang rendah?? tak rase pelik ker? ade al-quran, ade banyak sumber rujukan daripada ulama' dan pendakwah hebat terdahulu namun masih lagi kita dipandang hina dan lemah TT__TT

pasti ada kekurangan yang amat besar disitu... jadi JOM kita tgk nasihat saidina Umar ni yang dirasakan merupakan antara kunci kekuatan sebenar KITA yang telahpun dilupai (^_^)


Pesanan Saidina Umar Al-Khattab kepada Ketua Tentera Muslimin, Saad bin Abi Waqas ketika beliau mengutuskannya untuk pembukaan kota Parsi...

Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad ! Dan juga mereka yang bersama-samamu...
Supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana 
sesungguhnya
 taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu...
supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana 
sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang-orang Islam kekuatan. 

Bilangan tentera kita tidak sebanyak bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka.
Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka!
Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT keatas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka. 

Ketahuilah!
Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu. 
Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan.
Janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan".
Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh, seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api). 

Mohonlah dari Allah Taala kemenangan keatas nafsu-nafsu mu, sepertimana kamu memohon kemenangan keatas musuh-musuh mu.
Aku memohon perkara yang sama keatas diriku dan dirimu.

~ Saidina Umar Al-Khattab


JOM  SAMA-SAMA UBAH !!! (>__<) Y

Wednesday, July 1, 2009

setelah sekian lama

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم

diri ini hanyalah insan yg lemah dan hina. banyak kesilapan dan kelemahan yg terdapat dalam diri ini. kepada insan2 yg berada disekeliling diri ini,bantulah agar diri ini dan nasihatilah seadanya...

maaflah kerana dah lama x update blog ini..semenjak blk msia....jadual penuh dgn menjadi driver...huhuhuhu..

esok penulis akan berangkat ke sydney, australia..jgn bimbang..doakanlah keselamatan penulis disana daripada serangan virus H1N1....huhuuhu..insyaallah di sydney nnt keadaan tidak seteruk di melbourne...bukan nk cakap lebih2 tp insyaallah keadaan penulis akan lebih selamat disana...
doakan penulis selamat pergi dan pulang....

result exam dah keluar..tak sehebat kawan2 yg lain...tp alhamdulillah...insyaallah penulis akan mampu melanjutkan pelajaran ke tahun kedua...doakan everything is just fine...

wahai teman2,bangkitkanlah semangat berkobar2 yang ada dlm diri kita masing..jgnlah kita lupakan bagaimana manisnya perjuangan kita dijalan ini... (sebenarnya ini adalah teguran buat diri penulis yg dah sejuk....moga dgn izin-Nya..penulis dapat menemukan dgn semangat itu semula..

Sunday, May 17, 2009

motif???

بسم الله الرحمن الرحيم
السلا معليكم


jadikanlah ikhlas itu sahabat karib para kita...
bukan musuh dlm selimut yg akan menjatuhkan kita...

segala-galanya harus dimulakan dgn niat..
namun niat xkan menghalalkan cara pelaksanaan...
hidup ini haruslah diabdikan pada Allah dan segala perlakuan kita haruslah sebagai ibadah kita kepada-Nya...
oleh itu,mulakanlah dgn niat dan sewaktu pelaksanaannya, jgnlah sesekali melanggar halal haram...

janganlah kita menjadi fitnah kepada agama...
cukup2lah dgn fitnah2 yg telah ditaburi oleh org lain..
sepatutnya kita membersihkan masalah sedia ada,bukan menambah lg masalah yg akan membantutkan pergerakan kita...

sebenarnya nak menyeru diri ini dan sahabat2 lain untuk memperbetulkan niat kita study dan menduduki exam...
heheheh..
sepatutnya kalau niat betul dan cara pelaksanaan betul kita akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab yg kita pikul ini...

(teguran untuk diri yg kekurangan momentum untuk study..sgt sedey)

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba- hamba-Mu yang soleh"
An-naml (27; 19)

wallahu'alam...


محمد نور ايمان شافيق
manusia kerdil diatas jln ini

Friday, May 15, 2009

sumbangan teramat2 kerdil utk nakbah palestine

بسم الله الرحمن الرحيم
السلامعليكم

pada hari ini bertarikh 15 mei 2009,genaplah 61 tahun nakbah palestine....
apakah itu nakbah palestine..secara jujurnya penulis XPERNAH tahu smpai lah pg td mse bgn subuh,trbukak blog seorg ikhwah ni..org nya byk ilmu,suka penulis mengorek2 ilmu yg ada padanya dgn menanyakan pndapat mahupun mengutarakan masalah2 yg penulis hadapi..

Sgt terkena tepat di muka ini kerana tidak tahu ttg semua ini...

even kesedaran ttg palestine itu pun baru wujud ketika dibumi UK ini...klau xsmpai sini,mmg xpernah tahu..alhamdulillah,perancangan Allah itu Maha Tepat..hidayah-Nya akan diberikan pd mereka yg mendambakannya..

Akan akan demo di London esok insyaallah, penulis bercadang utk pergi..moga Allah permudahkan..
kpd sahabt2 yg mengunjungi seterusnya membaca blog ini,penulis menyeru kita semua agar setidak-tidaknya,sekurang-kurangnya mempunyai kesedaran ttg Palestine..konon ingin berdakwah sana sini tp penderitaan umat tidak kita ambil peduli..MasyaAllah...
semoga Allah yg Maha Pengampun lg Maha Mengasihani akan mengampunkan kita...

penulis semakin yakin dgn perancangan Allah bahawasanya ada tujuan lain penulis dtg ke bumi Uk ini...

pd masa lalu,org2 yg ingin menjatuhkan islam ni tahu bahawa klau melalui peperangan serta pertempuran,mereka tidak akan menang,lalu mereka meracuni pemikiran kita dgn gaya hidup yg melampau2..meletakkan hiburan sbgai segala2nya yg akhirnya membuatkan umat islam termasuklah kita ini ingin hidup selama-lamanya..dan takutkan mati...

itulah yg tlh berjaya diteraplan dlm minda kita sejak dr kita kecik lg melalui pelbagai media massa..even org2 sekeliling kita pun mnjadi mangsa keadaan yg memandang serong kepada perjuangan ini kerana pemikiran mereka yg tdk nmpk kepentingan dan keperluan dakwah ini..dan pabila kita mengerjakan usaha ini,kita yg dipandang serong..moga Allah mengampuni kita dan mereka..

selain drpd kita memboikot barangan2 israel dan sekutunya,perlu dan wajib bg kita memboikot produk hedonisme yg mereka bawakan...sedangkan itulah yg lbh besar impaknya pd umat islam keseluruhannya..ini kerana apabila umat islam tlh memulaukan cara hidup hedonisme,barulah kita blh bangkit..ini tidak,hidup kita sekarang bergantung dgn hedonisme yg didalangi musuh2 islam..sekarang ini pun,mereka buat2 senyap ttg isu palestine sedangkan keadaan sekarang ini sama teruknya dgn keadaan2 terdahulu..mungkin kerana takut melihat kebangkitan umat islam yg sebelumnya membuatkan mereka tidak dpt 'declare' mereka menang dan menawan gaza...sekarang mereka cuba mengaburkan mata kita dgn mendiamkan sahaja isu ini..menjadi tanggungjawab kita utk menyedarkan umat yg kian lalai ini

Abu Hamzah,Anas bin Malik r.a. menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Tidak sempurna iman seseorg di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"
(h.r. Bukhari dan Muslim)

apa yg blh kita lakukan???
langkah yang mudah..kita boleh berdoa dan insyaallah hari ini,mari sama2 kita solat hajat utk mereka...smpaikan doa yg ikhlas buat mereka...

bukan xnak dikritik,tp,mengapa hendak kita mencari salah yg peduli sedangkan tidak ingin membuka mata yg tidak peduli....

maafkan jika ada yg marah dgn artikel ini dan tidak berpuas hati..ini hanyalah nukilan penulis yg tidak byk ilmunya dan sedang bertatih2 diatas jln tarbiyyah ini..kpd insan2 yg hebat ilmu dan pemahamannya,kami memerlukan anda dan ilmu anda...barulah org yg kerdil seperti ini dpt bangkit membela nasib umat

Wallahu'alam..

محمد نور ايمان شافيق
manusia kerdil diatas jln ini

Monday, May 11, 2009

elak dari bersawang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

dah lame dah penulis tidak mengupdate blog ini..terlalu byk alasan yg penulis keluarkan utk tidak menulis ape2..
sepanjang tempoh tidak berupdate nih,byk bende yg penulis pelajari dan perhatikan..dan penulis rase penulis xkan menukilkan semuanya kot...ataupun apa yg penulis tulis nnt xde kaitan pun dgn apa yg penulis pelajari..huhuhu

dalam musim2 exam ni..pelbagai ragam yg dpt kita perhatikan...ada yg mula jauh drpd tuhan kerana terlalu 'taksub' dgn study masing2...xkurang juga ada yg amal ibadah nya smakin bertambah mencanak2 kerana masa ini lah baru dia ingat pd Allah..
tp xsemua org begitu akhi....mungkin ada yg baru tercampak 'Hidayah' kedlm hatinya utk berbuat/menambah amal...jgn terlalu cepat membuat spekulasi....sepatutnya apbl kita melihat org2 yg terkejar2 menunaikan ibadah, kita mendoakan mereka istiqamah dlm beribadah,bukan nya fikir yg bukan2 ttg mereka...

sewaktu usrah tempoh hari, kami membincangkan tentang surah Al-Qariah... penulis tertarik pada ayat yg ke-6 hingga ke-7, yg bermaksud
Barang siapa yang berat timbangan amalannya (6)
Maka ia (akan ditempatkan) dalam kehidupan yang senang-lenang di syurga (7)

berlaku sedikit perbincangan didalam usrah mengenai ayat ini dan apa yg plg terkesan buat penulis ialah perbincangan mengenai apakah amalan yg memberatkan timbangan.yg plg memberi kesan trhadap penulis ialah istiqamah dlm beribadah...terdpt hadis rasulullah mengenai istiqamah...
biarlah ibadah kita tidak seberapa banyak namun biarlah kita ttp istiqamah dan berterusan melakukannya drpd melakukan ibadah yg 'grand' namun hanya sekali itu sahaja...

namun jgnlah perkara ini dijadikan alasan bg kita utk tidak menambah amalan kita kerana kononnya kita takut sekiranya tidak istiqamah dlm ibadah tersebut..kerana sekiranya kita menjadikan ini sbgai satu alasan,smpai bila2 pun kita tidak akan istiqamah didlm beribadah dan smpai bila2 pun amalan kita tidak akan meningkat..ingatlah yg segala sesuatu itu bermula dgn niat..ada hadis Rasulullah yg lbh kurang maksudnya begini;

didalam perkara keduniaan,hendaklah kita melihat pada org yg lbh rendah drpd kita dan dalam melakukan ibadah hendaklah kita melihat pd org yg lbh tinggi drpd kita...

dalam perkara keduniaan,apbl kta mlihat org yg lbh rendah drpd kita, kita akan bersyukur dgn ni'mat yg tlh Allah kurniakan terhadap kita dan insyaallah dpt melatih kita utk tidak menjadi seorg yg riak..dan didalam mengerjakan kebajikan,hendaklah kita melihat pd org yg lbh tinggi agar kita akn berkejar-kejar hndak meningkatkan amalan agar akan ditempatkan didalam syurga kelak..

dan lagi satu amalan yg penting yg akan memberatkan timbangan kita kelak ialah dakwah....masyaallah,bayangkan jika dgn izin Allah kita berjaya mengetuk pintu hati saudara kita kpd cara hidup islam yg sbnrnya dan dia meneruskan usaha kita untuk menyedarkan umat manusai lainnya..akan tidak terkira byknya pahala yg akan Allah kurniakan kpd kita..

umur kita tidak panjang dan dosa kita terlalu banyak..walaupun kita tlh meninggalkan jahiliyyah2 silam kita,namun kita harus berjaga2 dgn jahiliyyah yg lain yg tidak kita sedari(merasakan diri tlh bersih dr jahiliyyah adalah jahiliyyah itu sendiri)..musuh utama para dai'e ini ialah prasaan ikhlas dan riak..sia2 berdakwah sana-sini,tulis itu ini,namun sekiranya hati tidak ikhlas mahupun riak..segala2nya tidak bernilai pd Allah dan yg rugi adalah diri kita sndiri...jadi adalah amat 'crucial' utk kita mengejar2 amalan yg memberatkan ini...

entry ini sbnrnya utk mengingatkan diri penulis terutamanya agar tidak melakukan ibadah yg 'grand' tetapi tidak istiqamah juga utk mengingatkan penulis utk tidak hanya ingat pada Allah di musim2 exam ini sahaja....semoga teman2 dpt sama2 menasihati dan menegur diri ini kiranya diri ini kelihatan tersasar dr landasan yg sepatutnya..sesungguhnya diri ini baru bertatih diatas jln yg penuh kemuliaan ini....

akhir kata "study is a must!!!but Allah's will comes first!!!!"

Wallahu a'lam

محمد نور ايمان شافيق

Sunday, April 26, 2009

coret

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Kasih saying ini mmg suci, tak diduakan...
Tp itu bukan krn Allah,maaf, ia tak dpt teruskan..
Ini semua akn merosakkan hati,
Sekarang bukan masanya untuk bermain cinta,
Ini merupakan jahiliyyah yg perlu dikikis dr dlm diri,
Tanggungjwb yg kita ade lbh byk drpd masa yg kita ada,
Jgn sia2kan masa itu dgn perkara sia2...
Dekatkan dirimu dgn Allah, bersihkan hatimu
Semua ini akan membawa ke neraka,dan neraka merupakan seburuk2 tmpt yg tdk ingin ditujui oleh mereka yg melihat menggunakan basirahnya..
Marilah kita sama2 perbaiki diri kita ini.
Adakah jln yg kita tempuhi ini benar
Blhkah jahiliyyah dan iman bersatu?
Dptkah putih dan hitam bercampur?
Seolah2 kelabu yg sebenarnya hanyalah bayangan yg hitam..
Syurga itu indah namun maharnya mahal..
Semoga Dia yg kerana-Nya kamu mengasihi aku akan mengasihimu
Allah Maha Mengetahui apa yg kita sembunyikan
Jgn disangkakan Allah itu kejam..
Hanya dgn mahar yg mahal sahajalah seseorg itu akan dpt merasai kemanisan iman..
Hanya dgn itu seorg hamba akan hanyut dlm lautan cinta kepada Illah nya
Ya Allah..jadikanlah aku hamba yg beruntung itu...

Aku ingin menjadi seorg mukmin yg sebenar..
Yang dpt menubuhkan sebuah tmpt berteduh yg didiami org2 mukmin
Rumah org2 mukmin yg dgn kehadirannya dpt membuka mata rakyat setempat utk kembali mentaati Tuhan yg sebenar2nya dan trus memperjuangkan risalah2 Allah

Agar segalanya akan menjadi satu kenyataan,
Aku memerlukan seorg isteri yg dpt membantu membina suasana tersebut
Yang faham dgn kerja dakwah,ujian2 dilalui org berdakwah
Ya Allah,kahwinkanlah aku kerana dakwah, bukan kerana cinta manusia
Barulah dgn itu, akan wujudnya cinta sesama manusia itu kerana Allah dan Rasul-Nya
Abdikanlah dirimu kerana dakwah,kahwinlah kerana dakwah, matilah kerana dakwah...
Untuk itu,
Carilah seorg yg mengabdikan hidupnya di jln Allah
Yang dirinya dpt membantu mendekatkan diri pd Allah,bukannya menjauhi-Nya.
Jadilah seorg yg tdk akan menambah beban padanya
Akan tetapi jadilah seorg yg apabila didampingi,akan memudahkan ujian yg menimpa dan membuatkan ia dirasakan mudah
Biarlah basirahmu memandu hala tujumu, bukan basar mu semata2..
Allah lah sebaik2 perancang..tiada kebetulan mahupun nasib dlm hidup ini..
Yg ada hanyalah takdir yg disusun rapi yg tlh ditentukan buat hambanya
Bantulah diri ini Ya Allah...Tuhan yg Maha Mengetahui apa yg kami bicarakan mahupun kami sembunyikan..ikhlaskanlah hati ini..
Wahai teman,doakanlah agar diri ini sentiasa thabat di atas jln ini...amiin

محمد نور ايمان شافيق

Sunday, March 1, 2009

Datang Lagi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum...setelah berhibernasi sekian lame..blog ini akan kembali beraksi berkuatkuasa mulai sekarang..mintak maaf kepada para pengunjung yg mendapati blog kerdil ini tiada perubahan dan sama sahaja seperti yg diview sebulan yg lalu....penulis bukanlah seorang penulis tetap yg akan gatal tangannya sekiranya tidak ada yg diupdate didalam blognya...penulis semenjak-due menjak ni adakalanya sangat busy dan adakalanya juga buat2 sangat busy....heehehehe

Ketika usrah collaboration GREENWICH dan IC tempoh hari...penulis mendapat beberapa input yg sangat berguna untuk diamalkan dan juga disampaikan...
Manusia kan terdiri drpd jasad dan roh...apabila kita telah meninggal dunia,jasad ini yg akan mati tp bukan roh itu sendiri...dan roh ini datangnya daripada Allah SWT dan sebab itulah Allah berfirman kepada para malaikat agar sujud kepada Nabi Adam a.s. sebagai tanda penghormatan kerana roh yang ada padanya..dan sifat roh ini suci dan Allah itu Maha Suci jadi Allah hanya akan menerima roh2 yg kembali dalam keadaan suci sahaja..

Sekarang marilah kita sama2 bertanya pada diri kita sama ada kita ni ingin menjadi roh yg suci yg akan diterima Allah atau di 'REJECT' oleh-Nya...telah dikhabarkan bahawa para penghuni neraka itu amatlah ramai dan para penghuni syurga ini sedikit sahaja..jgnlah ditanya berapa peratus kerana soal ini biarlah kita serahkan pada Allah sahaja hendaknya...penulis yakin setiap seorg daripada kita pasti mendambakan syurga sebagai tmpt kembalinya dan bukanlah neraka jadi marilah kita sama2 bermuhasabah dimanakah kedudukan kita sekarang..

Penulis teringat satu kata2 yg amat mendalam maksudnya jika difahami dgn HATI...
Lebih kurang macam ini lah maksudnya....
Jika kita ingin melakukan maksiat,kita perlulah melepasi beberapa syarat...
1) Carilah Planet selain yg dimiliki Allah...
-so, cuba kita cari,ada x planet yg bukan milik Allah,hrm..penulis sangat2 yakin bahawa semua planet dan cakerawala dan segala macam benda di alam ini adalah milik Allah..so,mmg confirm syarat pertama xdpt dipenuhi......
2)carilah tempat yg Allah tak nampak
-pergilah ketempat segelap mana sekalipun,Allah tetap dapat melihat kita..bahkan Allah mengetahui apa yg kita pendamkan...apa yg telah kita fikirkan didalam kepala ini sebelum disampaikan kepada sesiapa pun Allah telah mengetahuinya..
3)Carilah rezeki selain dari Allah

-kita nak lakukan maksiat yg sememangnya ditegah oleh Allah,so,tidaklah wajar kita makan sesuatu yg dtg daripadanya..so,kita perlulah cari rezeki yg bukan drpd Allah..tp mampukah kita?????CONFIRM xkan mampu...even udara yg kita hirup sekarang ni pun adalah rezeki Allah kepada kita
4)Dan apabila datangnya malaikat izrail ketika ingin mencabut roh kita,surahlah dia tunggu sebentar kerana kita ingin bertaubat..
-memang telah kita ketahui yg mati itu pasti dan tidak akan dilewatkan ataupun dicepatkan walau sesaat cuma...jadi,apa mungkin kita mampu melengahkan kematian kita kerana ingin bertaubat????(fikirlah sendiri)
5)Ketika dibangkitkan kelak,pohon dan pintalah agar dihidupkan kembali agar dapatlah kita bertaubat
-mampukah kita???pastinya tidak bukan...Allah telah memberi peluang kepada kita utk bertaubat dan tidak menghukum kita ketika masih hidup agar masih terbuka pintu taubat itu,tetapi jika kita melepaskannya..rugi yg amat sgtlah kita...

so,cube kita tgk blk syarat2 tadi..ada ker yg mampu dilakukan????CONFIRM xkan ada pun yg mampu dilakukan..so,layak ke kita ingin melakukan maksiat lagi????marilah sama2 kita meninggalkan jahiliyyah dalam diri dan perkara2 maksiat yg kita lakukan...jgnlah berbangga melakukan nya dan bencilah ia sebenci-benci nya sama seperti kita benci dimasukkan dalam neraka...sesungguhnya diri ini lah yg masih hina dikotori karat2 jahiliyyah....

Wallahu Alam....
salam...

Saturday, January 31, 2009

Al-Kafirun


﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ﴾


Assalamualaikum WBT... Malam ini penulis berada di 'rumah hantu' 102 Playford Road.. Instead of melepak jer,penulis pon diajak utk men'join' usrah bebudak IC yg dikelolai oleh sedare Waqi dan Shakirin Ali Husin...Malam ini usrah mereka berkisar kepada recap S.H. yg lalu (Shahadatul Haq) dan juga tafsir surah Al-Kafirun berdasarkan tafsir Fil-Zilal...byk prkara menarik dan ilmu2 baru yg dapat penulis perolahi sepanjang usrah mereka ini...


﴿قُلْ يأَيُّهَا الْكَـفِرُونَ ﴾﴿لاَ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴾

﴿وَلاَ أَنتُمْ عَـبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾﴿وَلاَ أَنَآ عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ ﴾﴿وَلاَ أَنتُمْ عَـبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾

﴿لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ ﴾

  1. Katakanlah (Wahai Muhammad), "Wahai orang-orang kafir!"
  2. aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,
  3. dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
  4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
  5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.
  6. Untukmu agamamu,dan untukku agamaku
mengenai surah ini,penulis sangat terkesan dgn ulasan Sayyid Quttub yg mengatakan bahawa betapa berbezanya islam dgn kafir dan tiada titik tengah,titik pertemuan antara keduanya yang membawa maksud,kita hanya ada 2 pilihan,islam sepenuhnya atau kafir sepenuhnya,xde islam sikit2.ble nk enjoy,xyah ade islam...xboleh macam nie!!!!!juga tiada islam tampalan...penulis juga ingin mengingatkan diri penulis ttg hal ini....kekadang kita rasa kita macam nak buat sumthing..tp sebab nk sedapkan hati sendiri and org lain,kita pun tmbah lah unsur islam sikit supaya org akn nmpk kita islamic ataupun apa yg kite buat xsalah..sebenarnya apa yg kita buat ni lah yg salah.....dalam hal ni je kita menempek kan islam itu dan pada masa yg lain,islam itu kita letak tepi,buat2 xnampak ajer.....


Penulis rasa di antara kita yg merasakan kalau kita nk approach org supaya dekat dgn islam,kita pun mesti buat apa yg die buat..mesti join die dlm segala apa benda jahiliyyah yg die buat tp sebenarnya INI SALAH!!!!setelah penulis berbincang dgn beberapa org yg lbh pakar,penulis pun mendapat satu kesimpulan..dlm kita ingin mendekati seseorang dan ingin membawanya lbh dekat kepada islam,pada awal nya jgnlah kita memarahi ataupun menegurnya dgn perkara jahiliyyah yg die lakukan tp seharusnya kita menekankan soal akidah dan kefahaman ttg islam itu sendiri..dan pada masa yg sama,jgnlah kita galakkan mereka ini buat berbuat prkara2 ini...contohnya,wlaupun kita belum menegur mereka mengenai perkara ini,jgnlah pula kita ajak mereka berbuat perkara itu or menganjurkan perkara2 sebegitu...ini yg ramai drpd kita salah faham....even penulis yg menulis pun blum tentu paham...tp klau kita xsampaikan,smpai bila baru kita nk paham...kan...sungguh diri ini sangat kerdil dan hina.... Hrm..setakat ini je kot untuk kali ini... Wallahualam..... Salam Alaik...

Thursday, January 22, 2009

Jual Beli dgn Allah

Assalamualaikum.....Bismillahhirrahmanirrahim...


Utk kawan2 yg sedang menduduki exam ataupun sedang memujuk hati yg lara akibat soalan2 exam yg 'mantap' gituh kan....
Bkn nk provoke or menambah kesedihan tp ingin berkongsi sesuatu yg menarik...

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Dia tidak akan menimpakan ujian kepada hamba-Nya melainkan apa yang mampu ditanggunginya....


Marilah sama2 kita renung2kan dan amal2kan.....

Dan juga ingin mengongsi sesuatu yg penulis dpt di MSD td...

Jika kita berkesempatan utk melakukan sesuatu perkara,xkira sama ada wajib,fardhu,sunat mahupun harus, percepatkanlah urusan itu supaya ia tidak akn dibantutkan oleh perkara2 lain...Dan jika Allah mencampakkan lintasan hati mahupun akal utk melakukan sesuatu ibadah, marilah kita sama2 mengerjakannya dan berdoa agar amalan kita itu diterima Allah hendaknya..Jgn ditangguh2...(ouch!!!!!pedasnye)...

Sama2lah kita fikir,kalau hanya dgn ibadah wajib,mampukah kita menggapai Syurga Allah!!!!so,marilah sama2 kita meningkatkan amalan kita!!!Insyaallah!!!!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
At-Taubah (9:111)


Mari kita sama2 renungi maksud die...dahlah segala2 yg ada di muka bumi ini even diri kita adalah milik-Nya...tp Dia tetap membalas segala perbuatan baik kita dgn nikmat-Nya kelak dgn syarat kita menggunakannya untuk berjuang di jalan Allah...betapa pemurahnya Allah!!!Tuhan sekelian alam!!!!Segalanya bergantung pd diri kita sama ada kita ingin menjualnya ataupun menyalahgunakannya!!!


Wallahualam.....Segala yg baik datangnya dri Allah SWT dan yg buruk dtg dri diri penulis yg kurang ilmu,iman,amal dan takwa...

Salam Alaik........