Bismillah Arrahman Arrahiim
Assalamualaikum (^__^)
mudah kan untuk kita merasakan bahawa kita perlu melakukan yang terbaik dalam setiap perbuatan KITA diatas dunia ini dan melupakan faktor Allah berkuasa keatas segala2-Nya... TT__TT
mudah sangat untuk rasa 'asalkan aku buat yang terbaik pasti Allah akan bantu dan berikan kejayaan/kemenangan...'
berapa kali kita mintak pada Allah untuk buka hati mutarabbi KITA selepas KITA berpenat lelah memerah otak dan keringat untuk memberikan yang terbaik buat mereka.... huhuhuhuuhu
ade terfikir tak tindak tanduk dan kehidupan kita akan menentukan keberjayaan dakwah kita????
JOM! KITA buat sedikit imbasan dan kita tgk balik sirah sahabat, apakah yang membuatkan sahabat2 dimuliakan oleh Allah dan diberi kemenangan keatas manusia lain dizaman mereka namun kita pada masa ini yang mempunyai pelbagai sumber boleh dihina dan dipandang rendah?? tak rase pelik ker? ade al-quran, ade banyak sumber rujukan daripada ulama' dan pendakwah hebat terdahulu namun masih lagi kita dipandang hina dan lemah TT__TT
pasti ada kekurangan yang amat besar disitu... jadi JOM kita tgk nasihat saidina Umar ni yang dirasakan merupakan antara kunci kekuatan sebenar KITA yang telahpun dilupai (^_^)
Pesanan Saidina Umar Al-Khattab kepada Ketua Tentera Muslimin, Saad bin Abi Waqas ketika beliau mengutuskannya untuk pembukaan kota Parsi...
Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Saad ! Dan juga mereka yang bersama-samamu...
Supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana
sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan.
Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu...
supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana
sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam.
Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang-orang Islam kekuatan.
Bilangan tentera kita tidak sebanyak bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka.
Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka!
Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT keatas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka.
Ketahuilah!
Bahawa ada bersama dalam perjalananmu, malaikat-malaikat yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu.
Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan.
Janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan".
Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh, seperti yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil dahulu yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).
Mohonlah dari Allah Taala kemenangan keatas nafsu-nafsu mu, sepertimana kamu memohon kemenangan keatas musuh-musuh mu.
Aku memohon perkara yang sama keatas diriku dan dirimu.
~ Saidina Umar Al-Khattab

JOM SAMA-SAMA UBAH !!! (>__<) Y