Sunday, March 1, 2009

Datang Lagi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum...setelah berhibernasi sekian lame..blog ini akan kembali beraksi berkuatkuasa mulai sekarang..mintak maaf kepada para pengunjung yg mendapati blog kerdil ini tiada perubahan dan sama sahaja seperti yg diview sebulan yg lalu....penulis bukanlah seorang penulis tetap yg akan gatal tangannya sekiranya tidak ada yg diupdate didalam blognya...penulis semenjak-due menjak ni adakalanya sangat busy dan adakalanya juga buat2 sangat busy....heehehehe

Ketika usrah collaboration GREENWICH dan IC tempoh hari...penulis mendapat beberapa input yg sangat berguna untuk diamalkan dan juga disampaikan...
Manusia kan terdiri drpd jasad dan roh...apabila kita telah meninggal dunia,jasad ini yg akan mati tp bukan roh itu sendiri...dan roh ini datangnya daripada Allah SWT dan sebab itulah Allah berfirman kepada para malaikat agar sujud kepada Nabi Adam a.s. sebagai tanda penghormatan kerana roh yang ada padanya..dan sifat roh ini suci dan Allah itu Maha Suci jadi Allah hanya akan menerima roh2 yg kembali dalam keadaan suci sahaja..

Sekarang marilah kita sama2 bertanya pada diri kita sama ada kita ni ingin menjadi roh yg suci yg akan diterima Allah atau di 'REJECT' oleh-Nya...telah dikhabarkan bahawa para penghuni neraka itu amatlah ramai dan para penghuni syurga ini sedikit sahaja..jgnlah ditanya berapa peratus kerana soal ini biarlah kita serahkan pada Allah sahaja hendaknya...penulis yakin setiap seorg daripada kita pasti mendambakan syurga sebagai tmpt kembalinya dan bukanlah neraka jadi marilah kita sama2 bermuhasabah dimanakah kedudukan kita sekarang..

Penulis teringat satu kata2 yg amat mendalam maksudnya jika difahami dgn HATI...
Lebih kurang macam ini lah maksudnya....
Jika kita ingin melakukan maksiat,kita perlulah melepasi beberapa syarat...
1) Carilah Planet selain yg dimiliki Allah...
-so, cuba kita cari,ada x planet yg bukan milik Allah,hrm..penulis sangat2 yakin bahawa semua planet dan cakerawala dan segala macam benda di alam ini adalah milik Allah..so,mmg confirm syarat pertama xdpt dipenuhi......
2)carilah tempat yg Allah tak nampak
-pergilah ketempat segelap mana sekalipun,Allah tetap dapat melihat kita..bahkan Allah mengetahui apa yg kita pendamkan...apa yg telah kita fikirkan didalam kepala ini sebelum disampaikan kepada sesiapa pun Allah telah mengetahuinya..
3)Carilah rezeki selain dari Allah

-kita nak lakukan maksiat yg sememangnya ditegah oleh Allah,so,tidaklah wajar kita makan sesuatu yg dtg daripadanya..so,kita perlulah cari rezeki yg bukan drpd Allah..tp mampukah kita?????CONFIRM xkan mampu...even udara yg kita hirup sekarang ni pun adalah rezeki Allah kepada kita
4)Dan apabila datangnya malaikat izrail ketika ingin mencabut roh kita,surahlah dia tunggu sebentar kerana kita ingin bertaubat..
-memang telah kita ketahui yg mati itu pasti dan tidak akan dilewatkan ataupun dicepatkan walau sesaat cuma...jadi,apa mungkin kita mampu melengahkan kematian kita kerana ingin bertaubat????(fikirlah sendiri)
5)Ketika dibangkitkan kelak,pohon dan pintalah agar dihidupkan kembali agar dapatlah kita bertaubat
-mampukah kita???pastinya tidak bukan...Allah telah memberi peluang kepada kita utk bertaubat dan tidak menghukum kita ketika masih hidup agar masih terbuka pintu taubat itu,tetapi jika kita melepaskannya..rugi yg amat sgtlah kita...

so,cube kita tgk blk syarat2 tadi..ada ker yg mampu dilakukan????CONFIRM xkan ada pun yg mampu dilakukan..so,layak ke kita ingin melakukan maksiat lagi????marilah sama2 kita meninggalkan jahiliyyah dalam diri dan perkara2 maksiat yg kita lakukan...jgnlah berbangga melakukan nya dan bencilah ia sebenci-benci nya sama seperti kita benci dimasukkan dalam neraka...sesungguhnya diri ini lah yg masih hina dikotori karat2 jahiliyyah....

Wallahu Alam....
salam...

No comments: