Monday, May 11, 2009

elak dari bersawang

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

dah lame dah penulis tidak mengupdate blog ini..terlalu byk alasan yg penulis keluarkan utk tidak menulis ape2..
sepanjang tempoh tidak berupdate nih,byk bende yg penulis pelajari dan perhatikan..dan penulis rase penulis xkan menukilkan semuanya kot...ataupun apa yg penulis tulis nnt xde kaitan pun dgn apa yg penulis pelajari..huhuhu

dalam musim2 exam ni..pelbagai ragam yg dpt kita perhatikan...ada yg mula jauh drpd tuhan kerana terlalu 'taksub' dgn study masing2...xkurang juga ada yg amal ibadah nya smakin bertambah mencanak2 kerana masa ini lah baru dia ingat pd Allah..
tp xsemua org begitu akhi....mungkin ada yg baru tercampak 'Hidayah' kedlm hatinya utk berbuat/menambah amal...jgn terlalu cepat membuat spekulasi....sepatutnya apbl kita melihat org2 yg terkejar2 menunaikan ibadah, kita mendoakan mereka istiqamah dlm beribadah,bukan nya fikir yg bukan2 ttg mereka...

sewaktu usrah tempoh hari, kami membincangkan tentang surah Al-Qariah... penulis tertarik pada ayat yg ke-6 hingga ke-7, yg bermaksud
Barang siapa yang berat timbangan amalannya (6)
Maka ia (akan ditempatkan) dalam kehidupan yang senang-lenang di syurga (7)

berlaku sedikit perbincangan didalam usrah mengenai ayat ini dan apa yg plg terkesan buat penulis ialah perbincangan mengenai apakah amalan yg memberatkan timbangan.yg plg memberi kesan trhadap penulis ialah istiqamah dlm beribadah...terdpt hadis rasulullah mengenai istiqamah...
biarlah ibadah kita tidak seberapa banyak namun biarlah kita ttp istiqamah dan berterusan melakukannya drpd melakukan ibadah yg 'grand' namun hanya sekali itu sahaja...

namun jgnlah perkara ini dijadikan alasan bg kita utk tidak menambah amalan kita kerana kononnya kita takut sekiranya tidak istiqamah dlm ibadah tersebut..kerana sekiranya kita menjadikan ini sbgai satu alasan,smpai bila2 pun kita tidak akan istiqamah didlm beribadah dan smpai bila2 pun amalan kita tidak akan meningkat..ingatlah yg segala sesuatu itu bermula dgn niat..ada hadis Rasulullah yg lbh kurang maksudnya begini;

didalam perkara keduniaan,hendaklah kita melihat pada org yg lbh rendah drpd kita dan dalam melakukan ibadah hendaklah kita melihat pd org yg lbh tinggi drpd kita...

dalam perkara keduniaan,apbl kta mlihat org yg lbh rendah drpd kita, kita akan bersyukur dgn ni'mat yg tlh Allah kurniakan terhadap kita dan insyaallah dpt melatih kita utk tidak menjadi seorg yg riak..dan didalam mengerjakan kebajikan,hendaklah kita melihat pd org yg lbh tinggi agar kita akn berkejar-kejar hndak meningkatkan amalan agar akan ditempatkan didalam syurga kelak..

dan lagi satu amalan yg penting yg akan memberatkan timbangan kita kelak ialah dakwah....masyaallah,bayangkan jika dgn izin Allah kita berjaya mengetuk pintu hati saudara kita kpd cara hidup islam yg sbnrnya dan dia meneruskan usaha kita untuk menyedarkan umat manusai lainnya..akan tidak terkira byknya pahala yg akan Allah kurniakan kpd kita..

umur kita tidak panjang dan dosa kita terlalu banyak..walaupun kita tlh meninggalkan jahiliyyah2 silam kita,namun kita harus berjaga2 dgn jahiliyyah yg lain yg tidak kita sedari(merasakan diri tlh bersih dr jahiliyyah adalah jahiliyyah itu sendiri)..musuh utama para dai'e ini ialah prasaan ikhlas dan riak..sia2 berdakwah sana-sini,tulis itu ini,namun sekiranya hati tidak ikhlas mahupun riak..segala2nya tidak bernilai pd Allah dan yg rugi adalah diri kita sndiri...jadi adalah amat 'crucial' utk kita mengejar2 amalan yg memberatkan ini...

entry ini sbnrnya utk mengingatkan diri penulis terutamanya agar tidak melakukan ibadah yg 'grand' tetapi tidak istiqamah juga utk mengingatkan penulis utk tidak hanya ingat pada Allah di musim2 exam ini sahaja....semoga teman2 dpt sama2 menasihati dan menegur diri ini kiranya diri ini kelihatan tersasar dr landasan yg sepatutnya..sesungguhnya diri ini baru bertatih diatas jln yg penuh kemuliaan ini....

akhir kata "study is a must!!!but Allah's will comes first!!!!"

Wallahu a'lam

محمد نور ايمان شافيق

2 comments:

weetameal said...

"Amalan yang terlebih dikasihi Allah ialah sesuatu yang berterusan walaupun sedikit" - hadis riwayat muslim.

Nasihat Rasul buat saidina Ali:

Wahai Ali,

Bagi orang MUKMIN itu ada 3 tanda tandanya;
#Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
#Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
#Benci terhadap perbualan dan perkataan sia sia

Wahai Ali,

Bagi orang yang TAKWA itu ada 3tanda tandanya;
*Takut berlaku dusta dan keji
*Menjauhi kejahatan
*Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,

Bagi ahli IBADAH itu ada 3 tanda tandanya;
#mengawasi dirinya
#Menghisab(muhasabbah)dirinya
#memperbanyakan ibadah kepada tuhannya

Wahai Ali,

Bagi orang ALIM itu ada 3 tanda tandanya;
*Jujur dalam berkata kata
*Menjauhi segala yg mungkar
*merendahkan dirinya..

"Mengemari dunia itu akan meletihkan pengemarnya di dunia& di akhirat, sedangkn zuhudkan dunia akan merehatkan tuannya di dunia&di akhirat - Ibnu sammak.

"Islam merupakan jawapan kepada 3 persoalan 1. dari mana kita dtg 2.kenapa kita didatangkn 3.ke mana kita pergi selepas didatangkn" -Karim Zaidan.

"Perkara yg paling banyak membawa seseorang ke syurga ialah taqwa& akhlak mulia. sedangkn yg paling banyak membawa ke neraka ialah mulut dan kemaluan" - hadis riwayat Tirmizi.

Nabi s.a.w ditanya; "Apakah amalan yg plg baik? jwb Nabi, berimana kpd Allah. lps tu? jwb Nabi, jihad pd jalan Allah. lps tu? jawab Nabi, haji mabrur" - hadis riwayat Muslim.

"Di antara kamu ada yg beramalan jahat hingga hampir masuk neraka, kemudian dtg ketentuan Allah, maka dia beramal baik dan masuk syurga. di antara kamu ada yg beramalan baik hingga hampir masuk syurga, kemudian dtg ketentuan Allah, maka dia beramal jahat dan masuk neraka." - h.bukhari

"ketahuilah bahawa kemuliaan mukmin itu pada mendirikan ibadah di tgh mlm dan kebesaran mukmin itu pada tidak berhajat ia kpd org lain" - h. baihaqi

10 nasihat imam Hassan alBanna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

wallahua'lam.maaf di atas kekhilafan diri ini.

da_imanz said...

Jazzakallahukhair diatas komen ni..
insyaallah akan cube diingat dan diamalkan..saling tegur-mengurlah diantara kita