Monday, April 6, 2009

Istanbul,turki 2nd day

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum...

ini adalah gambar2 utk hari kedua penulis di istanbul....
Rabu,01/04/2009.Hari ini dimulakan dengan kami bersolat subuh secara jemaah di Sultanahmet camii (blue mosque)...Kemudian kami melawat ke Ayasofya (Hagia Sofya) dengan bayaran sebanyak 20 ytl..Aya sofya ialah sebuah gereja pd asalnya dan apabila Sultan Muhammad II menawan konstantinopel dan mendapat gelaran Sultan Muhammad Al-Fatih beliau menukarkan Ayasofya menjadi sebuah masjid yang sgt Indah..segala ukiran2 mengenai Jesus telah ditutupi dgn karpet2 dan lukisan2 khat...namun,masjid ini telahpun ditukarkan menjadi muzium dan mereka telah membuka kembali tampalan2 suapaya terlihatlah kembali lukisan2 Jesus...Sultan Ahmad Mosque dibina untuk menandingi kehabatan Ayasofya dan kedua2 masjid ini bertentangan atr satu sama lain..
1-Muazzin's Lounge 2-Sabda Nabi S.A.W. ketika menggali parit ketika perang Khandak, "Constantinopel(kini istanbul) akan jatuh ke tangan Islam..Ketuanya adalah sebaik-baik ketua dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.."(hadis sahih riwayat Imam Ahmad) 3-Tmpt solat imam.
Seterusnya kami pun melawati Topkapi Palace...Istana empayar Turki Uthmaniah..Istana ini sgt besar dan juga merupakan muzium,,di dalamnya terdapat byk brg2 sejarah..antaranya ialah pedang Rasulullah,janggut Rasulullah,pedang para sahabat dan byk lagi...

Kemudian perjalan kami teruskan dgn melawati Dolmabache Palace dan Dolmabache Mosque..istana ini lebih mewah berbanding topkapi palace dan ade 6 sultan yg hidup ketika istana ini wujud namun hanya 2 org sahaja yg menginap di istana ini..disinilah mustafa kamal yg diagung2kan itu mati...dia sgt dikagumi kerana menghapuskan khalifah dan memodernkan turki(kononnya) dan penulis dapati kebanyakan pekerja di istana ini obses dgn mustafa kamal ini...penulis xnak memanggilnya atartuk yg mmbawa maksud bapa turki(moden) kerana penulis membenci beliau dan tidak mengiktiraf panggilan ini..Dlm perjalan ke Dolmabache,kami melaui Eminonu dan disini kami makn nasi kepah..sedap woo!!!bayaran utk memasuki istana ini hanya 1 ytl..namun kamera tidak boleh dibawa masuk..kene beli permit klau nak bwk jugak..dahlah mase masuk kene pkai plastik kat kasut kerana konon2nya istana ini di'blessed'...

Seterusnya kami pergi ke taksim..tempat plg modern di istanbul...dan plg busy..juge plg dodgy sebab seorg peserta rombongan telahpun dicuri kameranya..huh...dalam perjalan pulang ke hostel,kami sempat singgah di Galata Tower..amek sekeping gmbr jer..xde ape pun kat sini...
hrm..itulah sedikit sebanyak cerita pengalaman kami di hari kedua ini...huhuhuhu

Wassalam.....

No comments: